Sunday, February 21, 2010

Salam ukhuwah....(^_^)

Assalamualaikum w.b.t

terlalu lama rasanya diri ini menyepikan diri dari menulis apa2 dalam blog ni... kpd kak dayah terima kasih bnyk2 (for creating diz blog) dan maaflah sbb tak update..hehehe...

i juz got back from my hometown, memang happy sangat dapat balik kampung sebab rindu sangat dengan suasana kampung... actually masa balik kampung baru- baru ni rumah ana ada buat majlis Sambutan Maulidur Rasul... walaupun belum lagi sampai tarikh 12 Rabiul Awwal tapi nenek ana nak awalkan memandangkan semua anak cucu cicit balik....hehehe....

Memandangkan kita sudah memasuki bulan kelahiran Rasulullah S.A.W. ni sama2 la kita mengingati kembali bagaimana kesusahan nabi junjungan kita dalam usahanya membawa syiar Islam yang mana bagida terpaksa melalui banyak kesusahan dan kesulitan yang maha hebat...

sebenarnya ramai yang lupa termasuk diri ana sendiri bahawa kesenangan kita sekarang adalah hasil titik peluh dan pengorbanan Rasulullah S.A.W. dan sahabat2nya dalam menyampaikan syariat Islam.... Rasulullah S.A.W. dan sahabat2 terpaksa berperang, menerima tohmahan, dan yang paling berat ujian yang diterima Nabi junjungan kita ialah baginda diugut bunuh.... bayangkan bagaimana susahnya nabi kita dalam membawa ajaran Islam dahulu... mungkin kerana kesenangan yang kita alami sekarang menyebabkan kesusahan yang dialami oleh Rasulullah S.A.W. dan sahabat2 kita lupakan begitu sahaja...

marilah kita sama2 berselawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah S.A.W. atas segala pengorbanan baginda kepada kita semua...

Wallahu'alam...